Isnin, 18 Januari 2010

Kursus "Team Building"

Terima kasih diucapkan kepada seluruh Warga Permata kerana berjaya menghasilkan satu kursus yang berjaya menaikkan semangat serta memupuk nilai-nilai murni kepada setiap warga kerja Pusat Anak Permata Negara. Bertarikh 24 Disember 2009 dan bertempat di Wood Valley,Sg.Congkak,Hulu Langat, semangat kami para pendidik Pusat Anak Permata Negara,Tuaran,Sabah telah disemarakkan lagi dengan pelbagai aktiviti dalam program kursus "Team Building"
. Slogan yang sentiasa kami laungkan sewaktu berada dalam kursus iaitu" you are the best dan i'm the best" memberi makna terhadap diri kami para pendidik yang sentiasa akan melakukan yang terbaik untuk PAPN Tuaran. Semoga Kursus ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun mendatang dengan semangat 'yakin boleh'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan