Antara aktiviti penglibatan ibubapa yang dilakukan oleh ibubapa anak-anak permata Tuaran. Setiap bulan, ibubapa akan menghabiskan masa selama empat jam bersama anak-anak permata dengan pelbagai aktiviti. Antara yang dapat dilihat melalui gambar di atas, komitmen yang diberi oleh ibubapa amat baik dan ini dapat membantu mengeratkan hubungan mereka dengan anak-anak dan tidak tertumpu kepada anak mereka sendiri. Penglibata ibubapa selama 4 jam ini merupakan perkara wajib yang mereka lakukan setiap bulan. Kanak-kanak berasa seronok melalui aktiviti yang dilakukan bersama-sama ibubapa dan ibubapa juga turut dapat bermesra bersama anak-anak permata yang lain.
Rabu, 27 Januari 2010
Khamis, 21 Januari 2010
Aktiviti Luar
Aktiviti Luar di waktu petang, kanak-kanak bermain permainan tradisional iaitu musang dan ayam. Para pendidik mengajar cara bermain dan selepas itu kanak-kanak akan di beri peluang bermain dan pendidik akan memerhati dan memberi tunjuk ajar kepada mereka. Permainan sebegini akan memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang permainan tradisional kanak-kanak yang ada di Malaysia dan sekaligus memberi keseronokkan kepada mereka.
Rabu, 20 Januari 2010
Aktiviti Luar Waktu Pagi PAPN TUARAN
Aktiviti luar pada waktu pagi selepas aktiviti "Morning Circle" dijalankan. Kanak-kanak bermain permainan tradisional iaitu "teng teng" dengan menggunakan gelung plastik untuk aktiviti mengimbang badan. Pendidik menunjukkan cara-cara mengimbang badan, seterusnya kanak-kanak akan mengikut cara pendidik bermain teng teng.
Isnin, 18 Januari 2010
Pendaftaran Anak Permata Sesi 2010
Pendaftaran Anak-Anak Permata Tuaran bagi sesi 2010 yang berlangsung pada hari Sabtu, yang bertarikh 9hb Januari 2010. Sesi pendaftaran dijalankan berserta taklimat berkaitan pra-syarat untuk kemasukkan anak-anak mereka ke pusat anak permata negara. Sesi ini berlangsung pada jam 9.00pagi sehingga jam 10.30pagi yang menggumpulkan semua ibubapa anak-anak permata baru, yang telah berjaya masuk ke pusat ini. Taklimat dijalankan dengan lancar yang dipengerusikan oleh Ketua Pendidik PAPN Tuaran dan disertai dan dibantu oleh para pendidik yang sama-sama menjayakan sesi pendaftaran dan taklimat tersebut.
Kursus "Team Building"
Terima kasih diucapkan kepada seluruh Warga Permata kerana berjaya menghasilkan satu kursus yang berjaya menaikkan semangat serta memupuk nilai-nilai murni kepada setiap warga kerja Pusat Anak Permata
Negara. Bertarikh 24 Disember 2009 dan bertempat di Wood Valley,Sg.Congkak,Hulu Langat, semangat kami para pendidik Pusat Anak Permata Negara,Tuaran,Sabah telah disemarakkan lagi dengan pelbagai aktiviti dalam program kursus "Team Building"
. Slogan yang sentiasa kami laungkan sewaktu berada dalam kursus iaitu" you are the best dan i'm the best" memberi makna terhadap diri kami para pendidik yang sentiasa akan melakukan yang terbaik untuk PAPN Tuaran. Semoga Kursus ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun mendatang dengan semangat 'yakin boleh'.
Langgan:
Catatan (Atom)